Kamis, 21 Maret 2013

Selasa, 19 Maret 2013


Assalamualaikum.
Masa otak masih cergas di pagi hari yang berkah ni, jom belajar sikit sejarah Islam~ :)

******

Siapakah mereka pada hari ini?

Harun Al-Rasyid - Dinasti Abbasiyyah
Saifuddin Qutuz - Dinasti Mamluk
Salahuddin Al-Ayyubi - Dinasti Ayyubi
Muhammad Al-Fateh - Dinasti Uthmaniyyah

"Saya tidak berbangga dengan hasil yang bukan saya rencanakan sebagaimana saya tidak menyesal dengan usaha dan rencana yang saya lakukan bersungguh-sungguh walaupun hasilnya gagal." - Harun Al-Rasyid.

Harun Al-Rasyid merupakan khalifah yang menjadikan dunia Islam sebagai pusat rujukan dan gedung ilmu. Bukan sekadar itu, beliau juga yang meningkatkan perkembangan ekonomi, pendidikan, sosial serta pertadbiran empayar.

******
"Wahai kaum Muslimin, aku akan pergi berperang. Sesiapa yang mahu berjihad, ikut aku atau baliklah ke rumah. Tetapi Allah akan memerhatikan kamu. Kehormatan kaum muslimin yang dicabuli akan ditanggung oleh orang yang tidak mahu pergi berjihad." - Saifuddin Qutuz.

Ucapan ini dikeluarkan oleh Sultan Saifuddin ketika mana dunia Islam mengalami krisis setelah kejatuhan Dinasti Abbasiyyah. Disusuli oleh kerajaan-kerajaan Islam yang lain sehinggakan dunia Islam semakin hilang di dunia. Umat Islam mula ketakutan dengan pasukan Mongolia. Sultan Saifuddin menyelamatkan keadaan tersebut dan menjadi pencetus kebangkitan Islam.

******

"Aku minta kuat, Allah berikan kesulitan untuk dihadapi. Aku minta keberanian, Allah berikan bahaya untuk diatasi. Aku minta nikmat, Allah berikan peluang. Aku tidak minta apa-apa, tetapi aku menerima apa yang aku perlukan." - Salahuddin Al-Ayyubi.

Salahuddin Al-Ayyubi membebaskan Jerusalem dari cengkaman pasukan salib yang zalim terhadap orang Islam. Malah ketika pasukan Salib merampas Jerusalem untuk pertama kalinya, semua penduduk dibunuh sehinggakan darah naik ke paras buku lali. Namun, Salahuddin tidak berbuat demikian setelah mendapatkan Jerusalem. Malah, memberikan perlindungan kepada orang Kristian dan pasukan Salib.

******
"Jika ayahanda fikir ayahanda masih seorang khalifah, menjadi kewajipan ayahanda untuk turun ke medan perang. Tetapi sekiranya ayahanda memandang saya sebagai khalifah, maka saya perintahkan ayahanda untuk turun berjuang." Muhammad Al-Fateh.

Subhanallah!!!
Kredit to: Lukisan Dakwah Islam & Zamir al-Muallif.