Senin, 26 Agustus 2013

As-sisi Haus Darah, 2.200 Warga Mesir dibunuh Dalam 8 Jam



Jumlah korban pembunuhan penunjuk perasaan yang dilakukan tentera Mesir dibawah kendali jendral Assisi hari ini terus bertambah.

TV Al-Ahrar melaporkan, korban tewas (syahid, insya Allah) telah mencapai 2.200 orang. Sedangkan yang terluka telah melampaui 10,000 orang.

Juru bicara Ikhwanul Muslimin Gehad El-Haddad mengatakan, ribuan orang meninggal dalam 8 jam selepas pasukan keselamatan Mesir memulakan operasi pembersihan demonstran pro Presiden Muhammad Mursi yang telah berkhemah di jalan-jalan Kaherah sejak presiden Mesir Muhammad Mursi digulingkan oleh rejim tentera bulan lalu.

"Dalam 8 jam, sudah terjadi pembunuhan beramai-ramai. Tak ada satupun orang yang mampu menghentikan pembunuhan ini, baik di Mesir mahupun di dunia. Lebih daripada 2,200 orang syahid dan 10,000 lain luka-luka. Biarkan dunia menyaksikannya! "Kata Gehad El-Haddad, melalui akaun twitter-nya yang terpantau sekira pukul 18.50 WIB, Rabu (14/8).

"Ini bukan usaha untuk membubarkan, tapi usaha berdarah untuk menghancurkan semua suara pembangkang menentang rampasan kuasa tentera," katanya.

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, dalam usahanya membubarkan demonstrasi di Rabiah Adawiyah, tentera membantai demonstran dengan tembakan gas pemedih mata dan peluru tajam, menempatkan sejumlah snipper (penembak tepat) di atas bangunan untuk menembak demonstran, hingga menggunakan helikopter.

Selain membantai demonstran di Rabiah Adawiyah, tentera juga membubarkan demonstrasi di Nahdlah dan membakar hidup-hidup demonstran yang berlangsung di sana.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar